Wednesday, November 25, 2009

natrah

cerita utk minggu ini ialah NATRAH...
tajuk di ambil sempena minggu2 akhir bulan november...
hangat dibincangkan antara aku dan mak...

sumber diambil dari wikipedia (copy & paste)
pls click for detail

Natrah
Rusuhan Natrah

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.

Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Tragedi bertitik tolak dari keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah yang sudah diIslamkan telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Seramai 18 orang terbunuh/mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.

Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak.

Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi 'disadvantage' kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.

Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah berugama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.

Thursday, November 19, 2009

numonyx

numonyx muar, malaysia



pic ni, aku amek tanpa izin kat fb sorang awek opis...
inilah kilang aku...
tempat aku kerja
tempat aku cari makan
tempat aku dapat tensyen
tempat aku dapat penat yg maksima

Wednesday, November 18, 2009

12 years old

first IC



macam mana bole terperasan plak pic ni...
aiseymann...
masa 12 tahon... baru bangun tido teros amek gambo...
ini lah jadinya...
inilah first time pegi kedai gambo cine...

(atas sebab2 tak dpt dielakkan ruangan nombor tu dihitamkan)

Tuesday, November 10, 2009

Munakahat

Mari belajar Munakahat bersama saya...

Tajuk kita pada hari ini ialah...

PERWALIAN DALAM ISLAM

PENDAHULUAN

Wali adalah satu aspek penting dan utama dalam perkahwinan, ia menentukan sah atau tidaknya sesuatu akad nikah yang dijalankan ini dapat difahami dari hadis Nabi s.a.w.:
" لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ "

Maksudnya: “ Tidak sah nikah kecuali dengan wali. ”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dan Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:“Maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menghalang mereka daripada berkahwin semula dengan bekas-bekas suami mereka, apabila mereka bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik”.
(Surah al-Baqarah, ayat: 232)

Wali terbahagi kepada2 :-
a) Wali mujbir / paksa
b) Wali ikhtiar.

Wali Mujbir dianggap sebagai wali yang sempurna, kerana ia mempunyai kuasa penuh untuk megahwinkan orang di bawah jagaannya, walaupun bapa boleh mengahwinkan anaknya yang masih dara tanpa izinnya, tetapi sunat bagi bapa meminta izinnya, dan bapa juga tidak boleh bertindak sesuka hati mengguna kuasa ijbarnya, ia perlu memastikan tindakan itu memang perlu dan wajar untuk kebaikan anaknya, kerana itu Islam meletakkan tiga syarat yang membolehkan bapa mengguna kuasa paksa/ijbarnya kepada anaknya.
1) Tidak ada perseteruan yang nyata di antara bapa dan anak gadisnya.
2) Hendaklah calon suami itu kufu / sesuai denga anaknya.
3) Hendaklah suami itu mampu membayar mahar dengan segera.

Wali ikhtiar adalah wali yang sabit dari semua wali-wali dari Asobah pada menghawinkan perempuan dengan izinnya, termasuk dalam wali ikhtiar ialah wali Akrab dan Wali Aba`ad, iaitu wali yang sabit perwaliannya apabila ketiadaan Wali Mujbir iaitu Bapa atau Datuk sebelah bapa, wali ini terpakai kepada perempuan dewasa yang berakal dan ia tidak mempunyai kuasa paksa di dalam akad nikah. Wali Ikhtiar hanya boleh mengahwinkan setelah mendapat persetujuan / izin perempuan. Lafaz izin diperolehi dengan dua cara:
a. Bagi perempuan yang janda, perlu lafaz izin secara jelas dalam bentuk lafaz tidak memadai diamnya.
b. Izin perempuan yang dara memadai dengan diamnya.

SYARAT-SYARAT MENJADI WALI

a) Lelaki
b) Baligh dan berakal
c) Beragama Islam
d) Bersifat adil tidak fasik
e) Wali tidak dalam ihram
f) Merdeka / Bukan hamba
g) Tiada kecacatan penglihatan (disebabkan tua) yang boleh menjejaskan pandangan.

TERTIB WALI

Tertib wali dalam perkahwinan orang Islam adalah satu tuntutan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak samaada pasangan yang akan berkahwin, ibubapa, terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam urusan perkahwinan, seperti Penolong Pendaftar dan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Di sini diperturunkan susunan wali mengikut tertibnya:-

i) Bapa kandung
ii) Datuk lelaki sebelah bapa ke atas
iii) Saudara lelaki seibu sebapa
iv) Saudara lelaki sebapa
v) Anak saudara lelaki sebelah bapa seibu sebapa ke bawah.
vi) Anak saudara lelaki sebapa ke bawah.
vii) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
viii) Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah(sepupu)
x) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah (sepupu)
xi) Bapa saudara bapa seibu sebapa (datuk saudara)
xii) Bapa saudara bapa sebapa (datuk saudara)
xiii) Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa (dua pupu)
xiv) Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa ke bawah (dua pupu)
xv) Bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa
xvi) Bapa saudara datuk lelaki sebapa
xvii) Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa ke bawah
xviii) Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki sebapa ke bawah
xix) Wali hakim / raja
xx) Wali tahkim ( bagi negeri yang tiada wali hakim )
xxi) Al-Mu’tiq ( اَلْمُعْتِق ) tuan yang memerdekakan hambanya yang perempuan.

Sumber diambil dari laman web JAKIM... Copy and Paste aje...

Tuesday, November 03, 2009

solivite

solivite... solivite...

dulu lain sekarang lain...
dulu packing dia tak cantik... sekarang packing dia dah cantik
dulu takde flavor mango... sekarang dah ada
dulu botol kecik... sekarang botol dah besar sket
dulu harga murah je... sekarang harga dah naik sket
dan...
yg paling penting...
dulu sedap... sekarang kurang sedap.... wakakaka
pasal apa???
pasal dulu aku yg buat... sekarang org lain yg buat....

solivite packing lama

solivite latest packing
"cantik sket laa... budak2 pon suke"