Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan

selamat berpuasa...
azam puasa kali ini...

buat amal jariah banyak2...
taknak buat benda yg bukan2...
selalu tolong orang...
taknak buruk sangka...
jimat cermat...
cari rezeki banyak2...

jangan buat benda yg disukai...
buat perkara yg perlu sahaja...

Sunday, August 16, 2009

insomnia

Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.

"memang betol... dalam kebelakangan ni aku tidor 2-3 jam sehari, so tidor aku kategori tidor yg takde kualiti rupa2 nya"

Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3

  1. Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
  2. Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
  3. Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat.
"aku termasok dalam tahap no 2, intermittent... kadang2 je"

Punca Insomnia

Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya disebabkan oleh satu atau lebih dari yang berikut :-

  1. Krisis hidup atau tekanan "stress".
  2. Masalah bunyi sekeliling
  3. Suhu melampau
  4. Perubahan sekeliling
  5. Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
  6. Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
  7. Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung "decongestants", selsema dan ubat batuk
  8. Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin, levodopa
  9. Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.
"haha... punca no 5 & 9... tanpa syak lagi... tanpa ragu-ragu"

Aku berkerja berlainan waktu kadang2 pagi, kadang2 petang, kadang2 malam... perkara ni terjadi sejak 5 tahun lepas... pasal apa, pasal aku yg pilih macam ni... apa boleh buat..
Tak boleh tidor, apa yg aku buat??

1. kerja (kalau jadual kena malam waktu kerja aku laa)
2. merayap (aku bukan jenis kutu embun ke apa ke... kalau dulu masa kerja kat kl... malam2 akan isi minyak kereta penoh2 lepastu jalan2 kat kl... tujuannya nak tahu jalan kat kl... senang nanti kalau nak pergi mana2 tempat... kalau bawak keta kat kl siang hari mmg traffic jammed)
3. tengok wayang (masa kerja kat kl, tgk wayang midnight best sket... org tak ramai... biasanya org yg tgk waktu malam reti bahasa... pandai off henfon)
4. tengok bola (perkara utama... waktu diorang main bola memang malam waktu malaysia... haha)
5. main futsal / badminton (tgk keadaan... kalau ada geng sampai ke pagi laa)
5. masak (dah duduk muar aku masak sendiri)
6. kemas rumah (rutin harian jadi housemaid waktu malam)
7. ONLINE!!!! (buatlaa apa yg patut berinternet... download, forum, ym, facebook, blog, youtube, online shopping, ebay dll)



Friday, August 07, 2009

12:34:56 07/08/09

masa sekarang di Malaysia

Friday, 7 August 2009, 12:34:56

hanya sekali berlaku dalam setiap masa....

Sunday, August 02, 2009

ke kuala lumpur...

balek kerja dlm pukul 12 tgh malam... perut pon sudah kebulur... terus pergi ke bus stand pagoh mencari2 apa yg boleh dimakan... order kuew teow goreng dgn air jagong... mmg best sekali... sampai di rumah membuat kerja yg sepatutnya... menjadi housemaid dan terus membuat housekeeping di pagi2 buta ini... mencari wheelchair arwah ayah tak jumpa2 kerana abangku sudah bertanya... takpe...

besok pagi nak ke kl... pergi pagi2 esok dan balek esok malam jugak... nak cari sesuatu untuk bagi kpd org2 yg tersayang sebagai surprise... tak lupa jugak nak beli sesuatu benda... saya boleh dikatakan mempunyai tabiat yg tak berapa bagus... iaitu suka mengumpul duet tapi belanja dgn membeli barang2 yg dikatakan tak berapa perlu atau penting... sebenarnya barang2 tu kalau tak beli pon tak apa...

besok pergi kl dgn bas... malas nak bawak kereta... kalau naik bas boleh tidor dalam bas... paham2 je la dgn kl tu... naik bas, tren atau lrt lagi cepat... senang nak plan perjalanan kita... jalan kat kl tu buatkan kepala otak aku pening... walaupon dah duduk sana lebeh kurang 4 tahun... tapi masih lagi pening... sekarang ni mata masih lagi mengantuk... badan pon penat tapi aku gagahkan jugak...

destinasi besok subang, bukit bintang, klcc, putrajaya dan pudu... tujuannya hanya cari satu dua benda saja... kalo takde apa2 hal... minggu depan pergi lagi... tujuannya sama saja...