Friday, March 20, 2009

daniel & adam

anak2 abang aku... hero2 abg jelon...
gambar budak-budak ni telah di"grabbed" dari facebook abang aku
hehe.. rasa2nya dia tak pernah bukak blog ni... hehe...
diorang rockers in making... haha..
ada ciri2 man keedal dgn sham kamikaze... haha

...daniel...

...adam...

Sunday, March 15, 2009

lost again...

man utd lost again to liverpool. 4-1. its sucks... i know for this whole week, every people talk about this. from espn to tv3, from nst, the star to berita harian and utusan.. this story will become headline at the back of newspaper.. of course what.. sports section at the last page of newspaper. haha.

actually i can't watch this match because of working in afternoon shift. so bad. and... as i guess before, if i miss or did't have chances to watch manutd games, the red devils for sure will lost. heheh. cik burungkiwi send me the sms inform me that the liverpool leading 2-1. waa.. that was shocked.

finally after arrived at home, browse the soccernet.com and ohhh my godd..... 4-1 and vidic was sent off.

Thursday, March 12, 2009

mayat yang hidup

ada seorang manusia sedang bersama2 dgn aku ketika ini. dia boleh dianggap sebagai mayat yg hidup atau boleh diistilahkan sbg biawak pasir. hidupnya tak habis2 nak menyusahkan org. teringat pulak kata org2 tua, kecik2 tak nak mampos dah besar menyusahkan org. mmg kena tepat pada masanya. sejarahnya ketika kecik dia sangat dimanjakan oleh org2 sekeliling. bila buat salah dia diberi peluang. segala apa yg diminta semua akan dipenuhi. dari kecik sampai dewasa tak ada satu usaha pon. apa nak mintak semua dapat. lama-kelamaan org2 sekelilingnya dah mula meluat, benci dan jelek. dia dah dipinggir tapi hanya beberapa org yg masih beri dia peluang utk berubah. oleh sebab dia ada sedar sikit dia dah mula berubah. konon2nya berubah tapi haprak. sekejap aje. dia dah start mula menipu. bayangkan kalau org yg jaga dia dari kecik sampai ke tua ni pon dia boleh tipu, apatah lagi org lain.

tak tahu macam mana nak cakap lagi. perangai dia mmg tak boleh nak ubah. ntah2 bapak segala setan dah ada kat dlm badan dia. betol dlm al-quran Allah ada sebut. Allah tak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu selagi kaum itu tak ubah nasib mereka sendiri. org2 lain sentiasa berdoa untuk kesenangan dia, tapi dia ni jenis org yg tak paham bahasa. akan datang kita tak tahu apa nasib dia. besar kemungkinan jadi pemintak sedekah. ataupun tinggal kat rumah org2 tua. itupon kalau ada org yg hantar. kalau tak merempat kat tempat lain. manalah tahu kalau kena sakit mental, dpt masuk kat tanjung rambutan. itu lagi baik daripada jadi org gila cakap sorang2 kat tgh2 bandar. tidor tepi kaki lima. apa nak jadi lantak la.

kalau ulat dalam batu pon boleh hidop. inikan orang. kalau ayam, kais pagi makan pagi kais ptg makan ptg. tapi ayam tu ada usaha untuk kais tanah cari cacing. tuhan dah tentukan rezeki ayam dgn kais tanah bila jumpa cacing. tapi kita manusia. kita kena usaha utk dapat rezeki. rezeki bukan turun dari langit. kalau tuhan turunkan nasi dari langit tu tak apa lah. kita amek pinggan letak je kat luar rumah. tapi tuhan turunkan rezeki melalui malaikat dgn hujan. kalau nak diikutkan kenapa mat-mat bangla atau indon yg dtg malaysia boleh cari rezeki dgn mudah. tapi dia yg sekor ni tak dapat? bangla2 dgn indon2 tu ada usaha. itu aje bezanya. buat malu je. kalau aku, dah lama aku letak muka kat dlm lubang jamban.

mcm yg aku bagi tau tadi, dia macam biawak pasir. hidup kat dlm rumah nak melantak aje. mintak mahap aku nak bagi makan. ko kebulur ke mati kering ke aku tak peduli. dah la tak cari kerja. duduk dlm rumah tido dari pagi sampai ke malam. besarkan telor aje. boring bukak tv. tgk astro pulak tu. kalau nak minom kalau boleh nak milo ais sedangkan aku ni tegok air mineral aje. tapi atas dasar kemanusiaan, aku carik jugak nasik utk makan. tapi lepas ni jangan harap utk selamanya dapat kesenangan dari aku. aku biasa hidup susah. tapi sekarang alhamdulillah dapat kesenangan drpd usaha aku sendiri.

mayat yg hidup ini dulu minta utk dibelikan motor. kalau tak silap dah tiga biji motor dia dah dapat cuma hasil mintak dgn air liur shj.motor2 ni bukan yg second hand, tapi semua yg baru2. last2 motor2 ni kena tarik dgn cina pasal apa tak boleh bayar bulan2. aku pon beli motor jugak. tapi beli dgn duit tabung sendiri. hasil usaha dari duit simpanan hanya mampu beli motor 2nd saje. lepastu dia dah ada kerja yg tetap ada laa duit lebih sikit. dia beli kereta wira. biasalaa utk down payment bayar dgn air liur aje. last2 kena tarik jugak dgn org bank pasal bulan2 tak boleh bayar. nak berniaga modal pon dpt free. modal utk berniaga, macam biasa dgn air liur aje dah dapat. berniaga tu lingkup, meniaga apa je la bukan nye dapat untung tapi rugi sesaja. org lain meniaga, tapi kerja dia membuta sampai ke ptg. pintu rezeki mana yg nak bukak?

pernah dulu merantau ke negeri org untuk hidup berdikari la kononnya tapi sekejap aje. sangkut la pulak dgn minah sorang ni. sangat gembira nya dia bila dapat kahwin dgn segala kos2 kahwin semuanya ditanggung. last2 minah ni pon cabut lari pasal tak tahan. bagi dua bijik rumah yg lengkap utk dia hidup tapi habuk pon takde. bil2 tak nak bayar. kalau kita ni anak raja ke anak sultan ke takpe. dapat elaun tiap2 bulan. last2 merempat. baru2 ni mintak duet pon dpt. alasan dah dua, tiga hari tak makan. bila duit dah dapat bukan nya beli makanan tapi beli rokok. konon2 rokok ni nyawa. nyawa mesti utama. macam taik aje. tunggu masa je nak kena halau dgn aku lepastu berambus ke tempat lain.

alkisahnya sampai bila nak jadi macam ni? kita hidup makin lama makin tua. sampai bila nak dapat simpati org. kisah ini kisah yg benar. menjadi teladan utk diri sendiri.