Sunday, December 20, 2009

december 2009

tinggal lagi 10 hari lagi nak masuk tahun baru...
december tahun ni berbeza dgn tahun lepas...
tahun ni saaangattt sebok...

satu. kahwenkan adek

mmg penat gila jadi bapak pengantin... lepas majlis aku "lembik"...
naseb baek ada tukang-tukang urut yg profesional... haha...
(mak-maklong-makyah)... satu hari dah baek...

dua. kerja baaanyakkk gila...
tahun lepas economy gawat kilang shutdown... sempat ber-holiday bersama family...
tahun ini tidakkk lagi... maximum output... naseb baek big boss buat makan-makan kat kilang... ot,ot,ot
selagi belom tutup mata kerja, kerja, kerja....

tiga. dan lain2 lagi...

settlekan hutang & saman... ohhh abang polis tahun depan ko jangan saman aku lagi...
dapat bonus 2 bulan... haha... bayar zakat harta... wajib tiap2 tahun kena bayor...
lain xtvt... routine harian...

Friday, December 18, 2009

pingat emas bola sepak sukan sea

hari ini tajuk utama ialah bola sepak malaysia dapat pingat emas sukan sea 2009 di laos. memang besok satu malaya akan heboh kat suratkhabar, radio, warung2 kopi, dalam lrt, dalam ofis dan seluruh pelusuk malaya...

tahniah diucapkan kepada malaysia football team yg kesemuanya under 23. they deserved to win. congratulation to head coach k rajagobal. penantian selama 20 tahun akhirnya terjawab. tak payah nak tulis panjang2 pasal lepas ni cerita ini akan jadi sensasi.

okay apa yg nak ditulis kat sini mungkin ada kaitan about my personal life dgn final bola sepak sukan sea. dalam tempoh 20 tahun mencari pingat emas ni, malaysia masuk final 2 kali iaitu pada sukan sea 2001 dan sukan sea 2009

final 2009 - tarikh 17 december 2009 - sukan sea vientiane, laos
time ni aku tengok masa break... tengah kerja laa... pukul 7 lebih turun ke cafeteria... diorang mmg tgh bukak tv... time tengok pon dah 2nd half... bila aku turun satu cafe riuh... haha... oleh sebab time dah maghrib lebih2 lagi awal muharam baca doa akhir & awal tahun... terus masuk surau... habis semua sekali patah balek ke cafe... malaysia score 1-0... lepastu sambung balek kerja...

final 2001 - tarikh 15 september 2001 - sukan sea kl, malaysia
masa hari ni aku baru lepas habes final exam paper geologi masa 1st year kat usm... lebeh kurang petang tengah kemas2 barang pasal ingat nak balek muar... ayah dah tenat... pak teh & mak teh dah call pasal diorang dari alor star nak terus balek muar... mak suruh aku tumpang diorang... lepas maghrib mak long call... abang hadi akan amek aku pergi makan kat rumah mak long... pasal mak teh akan singgah kat sana... tiba kat rumah mak long aku sempat laa tengok sekejap bola kat tv... tapi takde feel nak tengok... thailand score 1-0... perut lapar, jamah sikit nasi pasal takde selera nak makan... lepastu dapat berita dari mak yg ayah dah meninggal...

serba sikit... pasal aku maseh ingat lagi... final 2001 tu dah le dapat berita sedih pastu... tengok malaysia kalah dengan gol yg amat bodoh...

Monday, December 07, 2009

tuan rumah yg sebok

iyaa...

bersiap-sedia utk menjadi tuan rumah yg sebok weekend ni...
mintak2 semua berjalan dgn lancar...
baru aku tahu betapa susah nak jadi bapak pengantin...

dikala kesibukan yg melanda diri ini...
baru aku tahu diri ni serba kekurangan...
yg paling utama ialah... baju melayu!!!
baju melayu aku takde...
bukan takde... tapi semua dah sendat dan ketat...
aiseh...
selama ni kalo raya, pakai baju yg sama aje...
baju sejak dari form 4,5 kitar semula... bertahun2...

fokus skarang ni... misi mencari baju melayu
tak kira sama ada beli di kedai atau cari sponsor...

Thursday, December 03, 2009

faceboook & ym

a month without facebook & ym...

facebook & ym memang melalaikan...
so satu bulan tanpa facebook & ym...
kerja semua terbantut...

oleh sebab disember adalah bulan terakhir & bulan yg penting dalam kalender hidup aku... so aku habiskan masa2 yg ada ini utk productivity...

Tuesday, December 01, 2009

teater natrah...

teater natrah...



malam semalam, aku bawak mak dan adek ke istana budaya untuk tengok opening teater ni. actually untuk fulfill my mom request. rupa2nya dia mengikuti teater ni kat melodi tv3 bila watak utama bertukar ke maya karin pasal diana danielle tolak.

memang orang2 lama tahu sangat sejarah natrah ni...
aku sengaja tanya kpd mak... "mak nak tengok tak??" tiba2 dia angguk tanda setuju...
aku pon check info teater ni kat internet... check jadual kerja aku... memang time aku free ialah masa opening 30hb... terus call sorang hamba Allah ni nama dia CICI utk booking ticket 3 keping... bila singgah kl last week terus pergi ke wangsa maju jumpa CICI amek ticket tu...

untuk malam semalam ramai jugak yg datang tengok... antara vip yg aku perasan... tpm muhyiddin yassin... anak dr mahathir yg botak datuk mukhriz timbalan menteri... bekas mufti perlis ustaz asri... kalo tak silap dia duduk sebelah shahidan kassim bekas mb perlis...

aku beli ticket area stalls... tengok betul2 kat depan stage... walaupun harga mahal sket memang puas hati... berdasarkan pengalaman lepas, masa p ramlee the musical 1... beli ticket harga murah tengok kat upper circle buat saket hati je... tak nampak ape... oleh sebab aku duduk kat depan, before the teater aku dok usya artis aje haha... antara yg aku perasan... adibah noor (dia memang besar), rosyam noor, erra fazira, linda onn (bawak mak bapak dia), lisa surihani (memang cunn), liyana jasmay (dress memang out!!! tengok teater pakai biasa2 dah laa), siti sarah nurkaseh (nama betol dia aku tak tau, sexy jugak laa pasal dia dekat dgn aku), nabila (anak amy search), tam (aku kenal dia pasal dulu2 dia berlakon cerita cilipadi)... aku tak berapa kenal artis ni... semua aku tanya adek aku...

utk teater ni... aku bagi rate 4star...
aku bukan pandai dlm bidang teater ni tapi overall kira okay laa... walaupun dia tak cerita secara detail kisah hidup natrah ni... kalau nak tahu, bukak le internet atau buku sejarah kaji sendiri ttg natrah ni...

Wednesday, November 25, 2009

natrah

cerita utk minggu ini ialah NATRAH...
tajuk di ambil sempena minggu2 akhir bulan november...
hangat dibincangkan antara aku dan mak...

sumber diambil dari wikipedia (copy & paste)
pls click for detail

Natrah
Rusuhan Natrah

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.

Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Tragedi bertitik tolak dari keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah yang sudah diIslamkan telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Seramai 18 orang terbunuh/mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.

Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak.

Orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura tercabar dan terbakar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka beranggapan ini adalah 'Perang Jihad', perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam sebagaimana Sunnah Rasulullah, perempuan Islam berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Tambahan pula saiz tubuh Natrah / Bertha Hertogh besar. Suaminya pula Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid seorang India Muslim. Mereka dinikah gantung, iaitu mereka dinikah dan sah bermalam tetapi majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai.

Tujuan pernikahan ini dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi 'disadvantage' kerana Undang-Undang Belanda / British tidak membenarkan perempuan bawah 18 tahun berkahwin.

Pihak berkuasa British tidak memberi fokus kepada sensitiviti agama dalam masyarakat majmuk. Natrah yang telah berugama Islam dan amat disayangi oleh Che Aminah telah diletakkan di sebuah tempat berhampiran sebuah gereja.

Thursday, November 19, 2009

numonyx

numonyx muar, malaysia



pic ni, aku amek tanpa izin kat fb sorang awek opis...
inilah kilang aku...
tempat aku kerja
tempat aku cari makan
tempat aku dapat tensyen
tempat aku dapat penat yg maksima

Wednesday, November 18, 2009

12 years old

first IC



macam mana bole terperasan plak pic ni...
aiseymann...
masa 12 tahon... baru bangun tido teros amek gambo...
ini lah jadinya...
inilah first time pegi kedai gambo cine...

(atas sebab2 tak dpt dielakkan ruangan nombor tu dihitamkan)

Tuesday, November 10, 2009

Munakahat

Mari belajar Munakahat bersama saya...

Tajuk kita pada hari ini ialah...

PERWALIAN DALAM ISLAM

PENDAHULUAN

Wali adalah satu aspek penting dan utama dalam perkahwinan, ia menentukan sah atau tidaknya sesuatu akad nikah yang dijalankan ini dapat difahami dari hadis Nabi s.a.w.:
" لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ "

Maksudnya: “ Tidak sah nikah kecuali dengan wali. ”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dan Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:“Maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menghalang mereka daripada berkahwin semula dengan bekas-bekas suami mereka, apabila mereka bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik”.
(Surah al-Baqarah, ayat: 232)

Wali terbahagi kepada2 :-
a) Wali mujbir / paksa
b) Wali ikhtiar.

Wali Mujbir dianggap sebagai wali yang sempurna, kerana ia mempunyai kuasa penuh untuk megahwinkan orang di bawah jagaannya, walaupun bapa boleh mengahwinkan anaknya yang masih dara tanpa izinnya, tetapi sunat bagi bapa meminta izinnya, dan bapa juga tidak boleh bertindak sesuka hati mengguna kuasa ijbarnya, ia perlu memastikan tindakan itu memang perlu dan wajar untuk kebaikan anaknya, kerana itu Islam meletakkan tiga syarat yang membolehkan bapa mengguna kuasa paksa/ijbarnya kepada anaknya.
1) Tidak ada perseteruan yang nyata di antara bapa dan anak gadisnya.
2) Hendaklah calon suami itu kufu / sesuai denga anaknya.
3) Hendaklah suami itu mampu membayar mahar dengan segera.

Wali ikhtiar adalah wali yang sabit dari semua wali-wali dari Asobah pada menghawinkan perempuan dengan izinnya, termasuk dalam wali ikhtiar ialah wali Akrab dan Wali Aba`ad, iaitu wali yang sabit perwaliannya apabila ketiadaan Wali Mujbir iaitu Bapa atau Datuk sebelah bapa, wali ini terpakai kepada perempuan dewasa yang berakal dan ia tidak mempunyai kuasa paksa di dalam akad nikah. Wali Ikhtiar hanya boleh mengahwinkan setelah mendapat persetujuan / izin perempuan. Lafaz izin diperolehi dengan dua cara:
a. Bagi perempuan yang janda, perlu lafaz izin secara jelas dalam bentuk lafaz tidak memadai diamnya.
b. Izin perempuan yang dara memadai dengan diamnya.

SYARAT-SYARAT MENJADI WALI

a) Lelaki
b) Baligh dan berakal
c) Beragama Islam
d) Bersifat adil tidak fasik
e) Wali tidak dalam ihram
f) Merdeka / Bukan hamba
g) Tiada kecacatan penglihatan (disebabkan tua) yang boleh menjejaskan pandangan.

TERTIB WALI

Tertib wali dalam perkahwinan orang Islam adalah satu tuntutan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak samaada pasangan yang akan berkahwin, ibubapa, terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam urusan perkahwinan, seperti Penolong Pendaftar dan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Di sini diperturunkan susunan wali mengikut tertibnya:-

i) Bapa kandung
ii) Datuk lelaki sebelah bapa ke atas
iii) Saudara lelaki seibu sebapa
iv) Saudara lelaki sebapa
v) Anak saudara lelaki sebelah bapa seibu sebapa ke bawah.
vi) Anak saudara lelaki sebapa ke bawah.
vii) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
viii) Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah(sepupu)
x) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah (sepupu)
xi) Bapa saudara bapa seibu sebapa (datuk saudara)
xii) Bapa saudara bapa sebapa (datuk saudara)
xiii) Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa (dua pupu)
xiv) Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa ke bawah (dua pupu)
xv) Bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa
xvi) Bapa saudara datuk lelaki sebapa
xvii) Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa ke bawah
xviii) Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki sebapa ke bawah
xix) Wali hakim / raja
xx) Wali tahkim ( bagi negeri yang tiada wali hakim )
xxi) Al-Mu’tiq ( اَلْمُعْتِق ) tuan yang memerdekakan hambanya yang perempuan.

Sumber diambil dari laman web JAKIM... Copy and Paste aje...

Tuesday, November 03, 2009

solivite

solivite... solivite...

dulu lain sekarang lain...
dulu packing dia tak cantik... sekarang packing dia dah cantik
dulu takde flavor mango... sekarang dah ada
dulu botol kecik... sekarang botol dah besar sket
dulu harga murah je... sekarang harga dah naik sket
dan...
yg paling penting...
dulu sedap... sekarang kurang sedap.... wakakaka
pasal apa???
pasal dulu aku yg buat... sekarang org lain yg buat....

solivite packing lama

solivite latest packing
"cantik sket laa... budak2 pon suke"

Wednesday, October 28, 2009

prison break

prison break - penjara pecah !!!

hidup sekarang sangat membosankan tanpa prison break...
rancangan2 tv sekarang ini memang tidak ada kualiti...
aku sangat merindui kelibat2 scofield, burrows, t-bag, sucre, mahone, sara dll

season 1

season 2

season 3

season 4

Sunday, October 25, 2009

25 oktober

kisah untuk hari ini 25 oktober...

balek kerja pagi tadi terus ke petronas untuk isi minyak... jarum meter minyak pada dashboard kereta sudah berada di paras2 terakhir...

tiba2...
satu keluarga dalam kereta kancil panggil aku...
owhhh... rupa2nya pak anjang dan mak anjang...
"kitorang nak pergi serdang kenduri rumah achik, nak ikut tak?"
"boleh jugak... nak pergi dgn keta sape??"
"naik kancil laaa... nanti awak boleh tido dalam keta"
"okaylaa..."

bukak dompet duet tinggal tak banyak... so aku withdraw empat ratus...
niat nak hulur kat bakal tetamu Allah...
lepastu kalau jumpa mak... nak bagi duet pusaka...

sampai kat rumah diorang dah tunggu kat depan rumah...
aku pon mandi2... siap2 amek baju melayu dan apa yg patut...
terus kunci rumah... kunci keta...

kitorang breakfast kat depan sekolah parit bunga...
(celaka.... spek aku tertinggal... tensyen aku... kalau kalut2 macam ni mmg ade benda yg aku lupe nak bawak)

dalam keta aku tido... sampai kat seremban aku terjaga balek...
so aku guide driver utk destinasi yg ditujui...

sampai kat rumah achik... ramai yg dah sampai...

"SELAMAT PERGI KE TANAH SUCI MEKAH KPD ACHIK, PAKCIK SHAHRIL & MAK LONG"
"semoga sentiasa sihat ketika menjadi tetamu Allah"

Saturday, October 24, 2009

ERT

ERT training numonyx 2009

memang susah jadi bomba...
kepada semua... api kecil menjadi kawan... besar menjadi lawan...

pic kenangan bersama abang bomba

Wednesday, October 07, 2009

uncle john @ tanjung agas muar

new opening
uncle john kopitiam muar branch
location at tanjung agas, muar
near to giant hypermarket


Wednesday, September 30, 2009

Hey Jude

Hey Jude - The Beatles

Hey jude, dont make it bad.
Take a sad song and make it better.
Remember to let her into your heart,
Then you can start to make it better.

Hey jude, dont be afraid.
You were made to go out and get her.
The minute you let her under your skin,
Then you begin to make it better.

And anytime you feel the pain, hey jude, refrain,
Dont carry the world upon your shoulders.
For well you know that its a fool who plays it cool
By making his world a little colder.

Hey jude, dont let me down.
You have found her, now go and get her.
Remember to let her into your heart,
Then you can start to make it better.

So let it out and let it in, hey jude, begin,
Youre waiting for someone to perform with.
And dont you know that its just you, hey jude, youll do,
The movement you need is on your shoulder.

Hey jude, dont make it bad.
Take a sad song and make it better.
Remember to let her under your skin,
Then youll begin to make it
Better better better better better better, oh.

Na na na na na ,na na na, hey jude...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

hari raya hari yang mulia...
selamat berhari raya kepada semua...
selamat berkerja pada diri sendiri...
semoga tahun ini mendapat keberkatan dari Ilahi...

Saturday, September 05, 2009

newton heath

the latest of me
w
earing classical of newton heath




(saya tidak suka bermata empat... tapi apakan daya... terpaksa... cakap dgn diri sendiri... itulaa dulu2 sape suruh tgk amoi selalu... huhu)

Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan

selamat berpuasa...
azam puasa kali ini...

buat amal jariah banyak2...
taknak buat benda yg bukan2...
selalu tolong orang...
taknak buruk sangka...
jimat cermat...
cari rezeki banyak2...

jangan buat benda yg disukai...
buat perkara yg perlu sahaja...

Sunday, August 16, 2009

insomnia

Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.

"memang betol... dalam kebelakangan ni aku tidor 2-3 jam sehari, so tidor aku kategori tidor yg takde kualiti rupa2 nya"

Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3

  1. Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
  2. Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
  3. Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat.
"aku termasok dalam tahap no 2, intermittent... kadang2 je"

Punca Insomnia

Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya disebabkan oleh satu atau lebih dari yang berikut :-

  1. Krisis hidup atau tekanan "stress".
  2. Masalah bunyi sekeliling
  3. Suhu melampau
  4. Perubahan sekeliling
  5. Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
  6. Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
  7. Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung "decongestants", selsema dan ubat batuk
  8. Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin, levodopa
  9. Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.
"haha... punca no 5 & 9... tanpa syak lagi... tanpa ragu-ragu"

Aku berkerja berlainan waktu kadang2 pagi, kadang2 petang, kadang2 malam... perkara ni terjadi sejak 5 tahun lepas... pasal apa, pasal aku yg pilih macam ni... apa boleh buat..
Tak boleh tidor, apa yg aku buat??

1. kerja (kalau jadual kena malam waktu kerja aku laa)
2. merayap (aku bukan jenis kutu embun ke apa ke... kalau dulu masa kerja kat kl... malam2 akan isi minyak kereta penoh2 lepastu jalan2 kat kl... tujuannya nak tahu jalan kat kl... senang nanti kalau nak pergi mana2 tempat... kalau bawak keta kat kl siang hari mmg traffic jammed)
3. tengok wayang (masa kerja kat kl, tgk wayang midnight best sket... org tak ramai... biasanya org yg tgk waktu malam reti bahasa... pandai off henfon)
4. tengok bola (perkara utama... waktu diorang main bola memang malam waktu malaysia... haha)
5. main futsal / badminton (tgk keadaan... kalau ada geng sampai ke pagi laa)
5. masak (dah duduk muar aku masak sendiri)
6. kemas rumah (rutin harian jadi housemaid waktu malam)
7. ONLINE!!!! (buatlaa apa yg patut berinternet... download, forum, ym, facebook, blog, youtube, online shopping, ebay dll)



Friday, August 07, 2009

12:34:56 07/08/09

masa sekarang di Malaysia

Friday, 7 August 2009, 12:34:56

hanya sekali berlaku dalam setiap masa....

Sunday, August 02, 2009

ke kuala lumpur...

balek kerja dlm pukul 12 tgh malam... perut pon sudah kebulur... terus pergi ke bus stand pagoh mencari2 apa yg boleh dimakan... order kuew teow goreng dgn air jagong... mmg best sekali... sampai di rumah membuat kerja yg sepatutnya... menjadi housemaid dan terus membuat housekeeping di pagi2 buta ini... mencari wheelchair arwah ayah tak jumpa2 kerana abangku sudah bertanya... takpe...

besok pagi nak ke kl... pergi pagi2 esok dan balek esok malam jugak... nak cari sesuatu untuk bagi kpd org2 yg tersayang sebagai surprise... tak lupa jugak nak beli sesuatu benda... saya boleh dikatakan mempunyai tabiat yg tak berapa bagus... iaitu suka mengumpul duet tapi belanja dgn membeli barang2 yg dikatakan tak berapa perlu atau penting... sebenarnya barang2 tu kalau tak beli pon tak apa...

besok pergi kl dgn bas... malas nak bawak kereta... kalau naik bas boleh tidor dalam bas... paham2 je la dgn kl tu... naik bas, tren atau lrt lagi cepat... senang nak plan perjalanan kita... jalan kat kl tu buatkan kepala otak aku pening... walaupon dah duduk sana lebeh kurang 4 tahun... tapi masih lagi pening... sekarang ni mata masih lagi mengantuk... badan pon penat tapi aku gagahkan jugak...

destinasi besok subang, bukit bintang, klcc, putrajaya dan pudu... tujuannya hanya cari satu dua benda saja... kalo takde apa2 hal... minggu depan pergi lagi... tujuannya sama saja...

Saturday, July 25, 2009

borneo baruk club

borneo baruk club

baruk??? nasib baik tak beruk...
haha...



happening!!!

Wednesday, July 22, 2009

weekend in bukit jalil

3 hari ke bukit jalil...
17/3 training day
18/3 match day
20/3 rematch

pic dibawah sekadar koleksi peribadi...

training day
masok stadium

matchday...

setan baru turun dari langit... haha

rematch...

Friday, July 10, 2009

ampunkan aku

wahai tuhan... ampunkan dosaku...

ketika blog ini ditulis, mata saya masih lagi kabur...
satu apa pon tak jelas...
oleh sebab itu, saya menggunakan largest font...

pagi tadi... pergi klinik pakar mata...
saya buat check mata... dan
dokter cakap saya ada rabun...
so dia ada dropkan satu ubat...
sekarang ni penglihatan saya jadi kabur...
disebabkan ubat tadi telah mengembangkan anak mata saya...
penglihatan ni akan jadi kabur selama 2 hari...
so utk hari ni saya apply mc...
besok kalau masok kerja mmg gila...
satu benda pon tak nampak...

sampai nak baca sms pon... mintak anak jiran tolong bacakan...
nak call pon mintak anak jiran tolong dailkan...

wahai tuhan... ampunkan dosaku...

Tuesday, June 30, 2009

my family and i

my family and i

from left: family official driver, mentor, non-executive member, minister social-welfare

Saturday, June 13, 2009

mymanutd


Date: 18 July 2009 (Saturday)
Venue: Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur
Kickoff: 5.30pm

Wednesday, June 03, 2009

derma darah

semalam numonyx organize satu kempen derma darah...
so dlm tgh hari pergilaa menderma... walaupun tahu petang nanti nak kerja...
pic: my blood from my lefthand

Tuesday, June 02, 2009

handphone

handphone adalah alat yg paling aku tak suka skarang ni... terasa mcm nak buang je handphone yg ada... selalu sangat org call yg membuatkan aku pening kepala... sampai takde masa nak rest... nak tido pon org call, kalau tertinggal handphone mcm rasa tertinggal ic pulak... tak senang duduk. itu tak kena, ini tak kena. mood yg okay, jadi tak baik.
bayangkan hidup tanpa handphone. dunia akan menjadi aman, damai, tenteram dll. sekarang ini handphone jadi salah satu keperluan asas bagi tiap2 org kat dunia ini. drpd budak sekolah tadika sampai la org2 tua yg dah pencen, hp mesti menjadi satu alat wajib yg dibawa ke mana saja. dari celik mata bangun tido sampai la tutup mata nak tido. kalau tak pegang/tengok mesti tak sah.
handphone ada baik dan ada buruknya. yg baik boleh buat call, sms ke dgr music ke. yg tak elok pon banyak jugak. sms undi realiti tv (memang useless), tangkap gambar yg bukan2, amek video yg tak senonoh dan mcm2 lagi.
siapa yg cipta telefon??? Alexander Graham Bell.
siapa yg invented handphone??? Richard Frenkiel & Joel Engel dari USA dikatakan org yg mula2 cipta hp. pd thn 1983.
terima kasih utk 2 org mat saleh ini kerana cipta satu alat yg canggih yg skarang ni membuatkan dunia aku jadi tak aman.
kadang2 terpikir jugak nak jumpa 2 org mat saleh ni... ape pasal la diorang ni perah kepala otak cipta handphone... buatla alat lain, macam... alat merelease tension ke, mesin teleport ke yg bole ghaib kat mana2 tempat, atau time machine yg boleh kembali zaman dulu2.
haha!!! memang best!!!

Friday, May 22, 2009

misi berjaya

mission possible... mission accomplished!!!
kronologi hari ini 22 mei 2009:

0200: terjaga dari tidor... tidor 2 jam aje selepas puas membuta
mengemas rumah... mmg gila sapu sampah pagi2 buta
cuci bilik air
0400: buat breakfast... roti + nutella dan goreng telor
0500: layan youtube kejap... tertengok drama korea fullhouse
mandi
0600: semayang subuh
bersiap2
kalau laa pakai baju ni dpt gerak mcm "the flash" kan senang

0700: keluar rumah... jln kaki saing dgn budak pergi sekolah
pergi rumah mak... jumpa sekejap
menapak lagi sampai depan... tunggu bas
naik bas... dah lama aku tak naik, tambang pon dah singgit
sampai bus stand pagoh... naik bas mayang sari, tambang enambelas hengget!!!
bas belom gerak... aku continue balek tidor, zzz
1030: sampai pudu... teros carik lrt+komuter ke midvalley
plaza rakyat-->masjid jamek-->kl sentral-->midvalley
1100: jumpa sanggam kat mph
naik 3rd floor... nike sportsland, panjang pulak q
beli tiket... dpt 2 keping aje psl diorang tak accept credit card
turun balek ke mph... nak carik buku playing dead, unavailable pulak
1300: keluar pergi semayang jumaat
lunch kat jln rajamuda abd aziz... blkg hosp kl
pergi bank negara... print credit report
1500: sampai jpn putrajaya hantar barang kat adek
1800: sampai muar

2 tickets dgn training pass
finally...mission accomplished!!!

bukan rayuan gombal

Judika - Bukan Rayuan Gombal

Duhai kekasih pujaan yang selalu di hati
Aku menunggumu
Engkau gadis yang selalu hadir dalam mimpiku
Di setiap tidurku

Dengarkanlah aku cinta
Ingin aku
Selalu menjaga dirimu
Menemani di setiap waktu

Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada di hati

Duhai kekasihku hanyalah dirimu yang kumau
Tiada yang lain di hati
Selamanya hanya dirimu

Dengarlah puisi yang akan aku berikan
Ungkapan hatiku
Tiada lain yang bisa kuberikan
Hanyalah cintaku

Aku ingin menemani harimu
Yang mencoba mengisi rasa kesepian di hatimu
Sampai nanti hanya selalu namamu
Selalu namamu yang ada di dalam lubuk hatiku

http://www.youtube.com/watch?v=bIQArNfgLoY

Wednesday, May 13, 2009

episode 21

15 May - 2 hour last episode of season finale Prison Break.... (makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang)

two days more... this drama make me crazy... the last episode... season finale... 2 hour... i really hope that the ending of the drama not an anti-climax...

byk reason kenapa paul t. scheuring tak continue cerita ni... mungkin salah satu sebabnya ialah... ramai org menjadi gila... bukan gila sakit mental... tapi gila nak tahu the ending of the drama...
sebenarnya... kalau siapa yg perasan... babak2 dlm cerita ni dalam 4 season yg ada... babak tentang berjuang demi org yg disayang... melakukan apa saja demi org yg tersayang...
micheal dgn lincoln, micheal dgn sara, lincoln dgn lj, sucre dgn manicruz, dan ramai lagi.

sinopsis episode 20...
like mother like son... watak christina scofield sama mcm micheal... boleh manipulate org...
at the end of the episode... scylla dapat jugak kat tangan micheal... tapi at the same time general dapat sara dgn christina dapat lincoln... micheal tak tahu mana nak pilih...

lagi satu part yg tak sabar nak tahu ialah... ending watak t-bag... dia mati ke? dia dapat sylla ke?
mungkin lepas ni cerita ni diorang akan continue... tapi dgn tajuk lain kot??? bukan dgn prison break??? tak tahu lagi... arghh!!! apa laa dlm kepala otak paul t. scheuring ni... kenapa laa dia ada otak yg brilliant buat cerita2 mcm ni...

habes je cerita ni satu lagi penyakit yg nak kena cari... takde penyakit carik penyakit... iaitu melayan prison break secara marathon...tanpa kerja... tanpa tidor... semayang takboleh tinggal laa... agak2 boleh rabak bijik mata ni... sumber2 episode yg lepas2 setelah dikenalpasti sudah ada... bedot dgn mael... walaupun dvd sudah ada tapi... ingat nak beli satu harddisk utk prison break...

lepas habes je cerita ni... boleh berkerja dgn productive... haha...


Friday, May 08, 2009

5 tahun lepas

hari ni 8 may 2009...
kalau diingatkan pada 5 tahun yang lepas... hari ni merupakan hari yg paling bersejarah...
refer kepada entry commission... ditauliahkan dlm wataniah...

hajat di hati pada 5 tahun lepas nak aktif... nak masuk unit... tapi apakan daya...
terima kasih kpd yohn hendra yg sanggup call mlm2 buta semalam yg bagitahu pasal benda ni...
dia pon sama... mula2 je bersemangat... bila dah kerja.... habess...

so sekarang aku tidak lagi terikat dgn pasukan simpanan tentera....
mintak2 negara ini aman tenteram... makmur dan sejahtera....
walaupun suasana politik yg naik turun... disebabkan oleh golongan2 yg taksub...

Wednesday, May 06, 2009

priceless

A grandstand ticket for watching Malaysia XI vs Manchester United this 18 July 2009: RM 308,
A new Nike Manchester United home kit: RM 288,
A journey from Muar to Bukit Jalil (Bus+LRT): RM 38 per way,
Memorable moment to watch Red Devils in KL: Priceless,
There Are Some Things Money Can't Buy....

Monday, May 04, 2009

susah payah

yaa... selamat dtg bulan mei...
start 1 mei aku dah start kena kerja... walaupun hari tu public holiday... terpaksa jugak kena kerja... setelah mendapat missed call yg tak terkira oleh coordinator... heheh sebenarnya mmg sengaja tak nak angkat sbb tahu mmg kena kerja... setelah berpikir semasak-masaknya... aku gagahkan diri ini utk pergi kerja... hahaha

ninie cousin aku kahwen dgn laki dia bulan mei ni jugak.. congrats utk pak em & makbar...
tapi nama laki dia smpai skarang aku tak tahu... hahaha...
sedara-mara semua dtg... yeah...
begitulah hebatnya keluarga othman... haha
maklong perak... pakjak rawang... paknor jb... pakabu kotatinggi... achik serdang... paklang banting... makyah putrajaya... maknah kl...
taklupa abghadi kl dgn kakkiah kluang...semua ada... sepupu2 aku... yg tua dgn yg budak2 tu semua ada... ramai nya.... hahaha...

satu lagi... mak pon dah bertambah baek... dah semakin sehat... alhamdulillah...
mmg penyakit herpes zoster ni betol2 menguji kesabaran dan keimanan...
syukur...

bulan mei macam2 benda nak kena buat... lepas habes satu... satu...
bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian...
projek artsnow dgn sanggam belom lagi bermula... mungkin lepasni kitorang try listing kat dlm ebay...

petanda2 kerja dlm bulan mei ni semakin baik... sangat bagus...

Thursday, April 30, 2009

1 mei

yaa... besok 1 mei 2009
selamat hari perkerja... ditujukan utk org2 yg kerja mcm nak gila. kpd yg pemalas & suka curi tulang, korang tak layak cuti...
antara sms yg telah dihantar kpd member2.. huhu..
byk response drpd budak2 ni. haha...

Wednesday, April 22, 2009

abang92

pagi tadi sempat tengok cerita ni kat dalam youtube...
thanks to Adam...

haha...
ini ada lah first movie yg aku tgk kat panggung...
kalau tak silap panggung cathay kat muar...

link movie ni ada kat bawah...

http://www.youtube.com/watch?v=PxAHCj94Ej4

Sunday, April 19, 2009

mid april

mid of april....

bermulanya the last 6 episode of prison break season 4.
nasib baik ada encik zahrul a.k.a. bedot sbgi reminder.

bermulanya jugak artsnow, satu tempat dropshipping yg bagus.
skarang sedang berjinak2 dengan ebay.
peluang baru utk create a new unique product for listing.
terima kasih kepada encik elmy a.k.a. sanggam sbg introducer.

Saturday, April 04, 2009

Cuba

cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia kumendengar
agar tenang kau merasa

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku... padamu

cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bilaku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bilaku perlu
tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia kumenunggu
agar senang kau merasa

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku... oohhh

maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkanku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku... padamu

Cuba - Faizal Tahir

Thursday, April 02, 2009

kubur

besok nak pergi kubur arwah ayah... dah lama tak pergi...

Al-fatihah untuk arwah ayah...
semoga sentiasa ditempatkan bersama-sama org yang beriman...
amin...

Friday, March 20, 2009

daniel & adam

anak2 abang aku... hero2 abg jelon...
gambar budak-budak ni telah di"grabbed" dari facebook abang aku
hehe.. rasa2nya dia tak pernah bukak blog ni... hehe...
diorang rockers in making... haha..
ada ciri2 man keedal dgn sham kamikaze... haha

...daniel...

...adam...

Sunday, March 15, 2009

lost again...

man utd lost again to liverpool. 4-1. its sucks... i know for this whole week, every people talk about this. from espn to tv3, from nst, the star to berita harian and utusan.. this story will become headline at the back of newspaper.. of course what.. sports section at the last page of newspaper. haha.

actually i can't watch this match because of working in afternoon shift. so bad. and... as i guess before, if i miss or did't have chances to watch manutd games, the red devils for sure will lost. heheh. cik burungkiwi send me the sms inform me that the liverpool leading 2-1. waa.. that was shocked.

finally after arrived at home, browse the soccernet.com and ohhh my godd..... 4-1 and vidic was sent off.

Thursday, March 12, 2009

mayat yang hidup

ada seorang manusia sedang bersama2 dgn aku ketika ini. dia boleh dianggap sebagai mayat yg hidup atau boleh diistilahkan sbg biawak pasir. hidupnya tak habis2 nak menyusahkan org. teringat pulak kata org2 tua, kecik2 tak nak mampos dah besar menyusahkan org. mmg kena tepat pada masanya. sejarahnya ketika kecik dia sangat dimanjakan oleh org2 sekeliling. bila buat salah dia diberi peluang. segala apa yg diminta semua akan dipenuhi. dari kecik sampai dewasa tak ada satu usaha pon. apa nak mintak semua dapat. lama-kelamaan org2 sekelilingnya dah mula meluat, benci dan jelek. dia dah dipinggir tapi hanya beberapa org yg masih beri dia peluang utk berubah. oleh sebab dia ada sedar sikit dia dah mula berubah. konon2nya berubah tapi haprak. sekejap aje. dia dah start mula menipu. bayangkan kalau org yg jaga dia dari kecik sampai ke tua ni pon dia boleh tipu, apatah lagi org lain.

tak tahu macam mana nak cakap lagi. perangai dia mmg tak boleh nak ubah. ntah2 bapak segala setan dah ada kat dlm badan dia. betol dlm al-quran Allah ada sebut. Allah tak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu selagi kaum itu tak ubah nasib mereka sendiri. org2 lain sentiasa berdoa untuk kesenangan dia, tapi dia ni jenis org yg tak paham bahasa. akan datang kita tak tahu apa nasib dia. besar kemungkinan jadi pemintak sedekah. ataupun tinggal kat rumah org2 tua. itupon kalau ada org yg hantar. kalau tak merempat kat tempat lain. manalah tahu kalau kena sakit mental, dpt masuk kat tanjung rambutan. itu lagi baik daripada jadi org gila cakap sorang2 kat tgh2 bandar. tidor tepi kaki lima. apa nak jadi lantak la.

kalau ulat dalam batu pon boleh hidop. inikan orang. kalau ayam, kais pagi makan pagi kais ptg makan ptg. tapi ayam tu ada usaha untuk kais tanah cari cacing. tuhan dah tentukan rezeki ayam dgn kais tanah bila jumpa cacing. tapi kita manusia. kita kena usaha utk dapat rezeki. rezeki bukan turun dari langit. kalau tuhan turunkan nasi dari langit tu tak apa lah. kita amek pinggan letak je kat luar rumah. tapi tuhan turunkan rezeki melalui malaikat dgn hujan. kalau nak diikutkan kenapa mat-mat bangla atau indon yg dtg malaysia boleh cari rezeki dgn mudah. tapi dia yg sekor ni tak dapat? bangla2 dgn indon2 tu ada usaha. itu aje bezanya. buat malu je. kalau aku, dah lama aku letak muka kat dlm lubang jamban.

mcm yg aku bagi tau tadi, dia macam biawak pasir. hidup kat dlm rumah nak melantak aje. mintak mahap aku nak bagi makan. ko kebulur ke mati kering ke aku tak peduli. dah la tak cari kerja. duduk dlm rumah tido dari pagi sampai ke malam. besarkan telor aje. boring bukak tv. tgk astro pulak tu. kalau nak minom kalau boleh nak milo ais sedangkan aku ni tegok air mineral aje. tapi atas dasar kemanusiaan, aku carik jugak nasik utk makan. tapi lepas ni jangan harap utk selamanya dapat kesenangan dari aku. aku biasa hidup susah. tapi sekarang alhamdulillah dapat kesenangan drpd usaha aku sendiri.

mayat yg hidup ini dulu minta utk dibelikan motor. kalau tak silap dah tiga biji motor dia dah dapat cuma hasil mintak dgn air liur shj.motor2 ni bukan yg second hand, tapi semua yg baru2. last2 motor2 ni kena tarik dgn cina pasal apa tak boleh bayar bulan2. aku pon beli motor jugak. tapi beli dgn duit tabung sendiri. hasil usaha dari duit simpanan hanya mampu beli motor 2nd saje. lepastu dia dah ada kerja yg tetap ada laa duit lebih sikit. dia beli kereta wira. biasalaa utk down payment bayar dgn air liur aje. last2 kena tarik jugak dgn org bank pasal bulan2 tak boleh bayar. nak berniaga modal pon dpt free. modal utk berniaga, macam biasa dgn air liur aje dah dapat. berniaga tu lingkup, meniaga apa je la bukan nye dapat untung tapi rugi sesaja. org lain meniaga, tapi kerja dia membuta sampai ke ptg. pintu rezeki mana yg nak bukak?

pernah dulu merantau ke negeri org untuk hidup berdikari la kononnya tapi sekejap aje. sangkut la pulak dgn minah sorang ni. sangat gembira nya dia bila dapat kahwin dgn segala kos2 kahwin semuanya ditanggung. last2 minah ni pon cabut lari pasal tak tahan. bagi dua bijik rumah yg lengkap utk dia hidup tapi habuk pon takde. bil2 tak nak bayar. kalau kita ni anak raja ke anak sultan ke takpe. dapat elaun tiap2 bulan. last2 merempat. baru2 ni mintak duet pon dpt. alasan dah dua, tiga hari tak makan. bila duit dah dapat bukan nya beli makanan tapi beli rokok. konon2 rokok ni nyawa. nyawa mesti utama. macam taik aje. tunggu masa je nak kena halau dgn aku lepastu berambus ke tempat lain.

alkisahnya sampai bila nak jadi macam ni? kita hidup makin lama makin tua. sampai bila nak dapat simpati org. kisah ini kisah yg benar. menjadi teladan utk diri sendiri.

Monday, February 23, 2009

slumdog millionaire

semalam hari yg memenatkan.. tak bole tidor dari pkl 4 pagi.. so settlekan semua baju2 yg ada kat dlm mesin..
lepas subuh layan roti kat warung cik timah..
balek rumah terus layan slumdog millionaire pasal belom sempat tgk lagi.. dah lama x beli dvd..
first dvd utk tahun ni.. cerita mmg best.. lepas layan tertidow plak..
tgh hari aku terjaga.. dgn mamai2 pastu chat dgn cik burung kiwi.. dr gigi dr kluang..
pkl 2 lepas zohor siap2 terus pergi kerja..

slumdog millionaire kesah seorg misken jamal malik dari mumbai india yg menang 20 juta rupee dalam who wants to be a millionaire. semua soalan yg dia dapat jawab tu mmg satu pon dia tak tahu. semua soalan tu ada kaitan dlm life dia.

bila tgk cerita slumdog millionaire teringat plak cerita jutawan fakir versi melayu arahan prof razak mohaidin yg tak best langsung.. plot cerita sama.. org kaya jadi jutawan.. tapi idea prof tu jauh kebelakang..

besi buruk

semalam jual besi buruk yg diambil dari rumah sungai abong,
setelah call ah boon, dia cuma amek sekilo tiga posen aje.

aku:
lu angkat je la ah boon. gua sakit mata laa tengok ini barang.
semua berapa hengget??

ah boon:
tunggu dulu tauke... gua timbang dulu...
tauke.. semua sekali 70 kilo...
lu kira laa berapa... gua bayar

aku:
okeyy ah boon.. 22 hengget...


dapat je duet aku terus pergi beli dvd slumdog millionaire kat jalan sulaiman

Saturday, February 07, 2009

bad-worse-worst

bad-worse-worst

bad - no overtime
worse - mass vacation
worst - force leave

it was shocked and surprised because every employees compulsory to take 8 days leave.

Tuesday, January 27, 2009

the latest of me

cuti raya cina ramai sedara-mara yg balik. macam biasa rumah yg kecik ni dipenuhi dgn anak2 buah yg riuh rendah. satu lagi, anak sape la yg amek gambar aku ni. macam mana aku boleh tak perasan. bukak henset tiba2 aje ada gambar ni.
the latest of me (up and down)

setelah mendapat teguran, kritikan, kutukan dan luahan perasaan daripada mak sendiri, adik-beradik, sanak-saudara, jiran-tetangga, rakan-rakan sekerja dan orang2 kampung, akhirnya aku gunting jugak rambut. hasilnya macam kat atas ni la. macam naive je.. badan sebenarnya sangat penat, tapi otak dapat dikawal untuk tidak menunjukkan muka yg penat itu.

Monday, January 26, 2009

gps

24 januari pergi kl ke majlis perkahwinan sepupu mohd nor azri (anak pak uda) dgn wife dia raudhah di masjid al-ikhlas, selayang. so, aku drive dari muar ke kuala lumpur menggunakan gps sepanjang masa.

walaupun destinasi yg dituju itu aku tak berapa tahu sangat, so guna je la gps ni. dia cakap belok kiri ke kanan ke, kita follow je. alhamdulillah sampai ke destinasi.
selepas majlis, lepas asar aku pergi ke subang mahsing melawat tempat kerja lama. ini kilang lama aku yg dah tutup

sunyi sepi aje kawasan ni, kalau dulu riuh jugak dgn budak2 nepal, vietnam dgn pakistan. haha

kalau dulu pepatah orang lama, malu bertanya sesat jalan, mungkin tak berapa relevan sangat dgn masa sekarang. dgn gps cakap shj nak ke mana, kita akan dapat guide untuk ke destinasi yg dituju. walau apa pun, jangan malu dengan sesiapa sahaja dan yg paling teruk pemalu type bodoh sombong.

Thursday, January 22, 2009

mass vacation

mass vacation again... what happen to me in future ???
i paste here the numonyx internal bulletin. for K2, 7 days shutdown and rumors it will happen again for next couple of months.


Petikan daripada utusan.com.my arkib 20 Januari 2009

200,000 pekerja hilang kerja?

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Petikan daripada kepala otak aku

kegawatan ekonomi tahun ni adalah "the worst ever", compare dengan 10 tahun lepas (1998). tapi untuk numonyx boleh dianggap belum teruk lagi kerana company baru announce mass vacation sahaja. shutdown pon 5 hari sebulan. company lain dah layoff employees sampai 10,000 orang, ada yg cut basic salary sampai 15%, ada yg retrenched, shutdown sampai 1-2 bulan, ada yg kena force take leave dan ada yg kerja 3-4 hari seminggu. memang gila... susah nak carik makan macam ni.
for sure untuk tahun 2009 ni, no bonus, no increment and no promotion.

Wednesday, January 14, 2009

persona se

ini bukan kereta aku tapi kereta ini adik aku yang punya. so, sementara dia tak berapa confident untuk bawak kereta buat masa ini, so aku tolong "jaga".

setakat ni belom bawak lagi, pasal kereta orang, aku takut sikit, walaupun kereta ni adik aku punya. setakat start enjin tu biase laa.


besok ingat nak pergi cuci, bagi cun sikit body dia. takde masa nak cuci sendiri. pasal aku ni malas sikit.


Sunday, January 11, 2009

commission

after browsing my pc i found this thing. the most valuable and most memorable moment in my life. commissioned on 8 may 2004 by yang di-pertuan agong.


actually during that moment, it was presented by the sultan of selangor.


Thursday, January 08, 2009

padang kota



this photo was taken by my uncle using his Sony Ericsson K880i. if you look at me, i'm so tired because of my stomach full with foods. the man with "red flash shirt" hunger with the most popular penangite foods. pasembur, charkuewteow, mee udang, rojak sotong etc etc. wahh!!! overdose. padang kota, i will come soon.

Saturday, January 03, 2009

welcome 2009

goodbye 2008 and welcome 2009
this is 1st post of 2 thousand 9. i start this new year with going to town looking for any cheaper ps2. ooh god!!! 2nd day i got tonsils. swear to myself no more ice anymore. i try to prove again. last time in 2007, for the whole year no ice inside my throat. i did it. 3rd day i start working. so bored!!! working on weekends. our production too slow. please god!!! i pray for my better livelihood. amin..

this is first three day beginning of new year. may wish this year come true.