Friday, July 18, 2008

melayu

assalamualaikum...

orang melayu ibarat pokok atau tumbuhan-tumbuhan.
perlu disiram setiap hari.
perlu dibaja setiap masa.

kalau ia tidak disiram dan dibaja,
ia akan layu dan akan mati.

Wednesday, July 16, 2008

dato' seri "A"

assalamualaikum...

dato' seri "A"

ada tiga orang tokoh yang bergelar dato' seri yang mana nama-nama mereka bermula dengan huruf "A". huruf "A" adalah abjad yang pertama dalam huruf roman. sama lah juga peranan tokoh-tokoh ini sebagai orang nombor satu dalam parti-parti orang melayu yang terdapat di malaysia.

tokoh pertama ialah presiden umno, iaitu sebuah parti politik orang melayu yang terbesar di malaysia. beliau juga adalah perdana menteri malaysia. tokoh yang kedua ialah presiden pas, iaitu parti orang melayu yang kedua terbesar di malaysia. manakala tokoh yang ketiga ialah ketua umum parti keadilan rakyat, sebuah parti yang majoritinya orang melayu yang semakin berpengaruh di malaysia.

ketiga-tiga tokoh ini mempunyai haluan masing-masing, sebagai nakhoda menerajui parti politik yang mereka naungi. tapi mereka mempunyai darah yang sama, iaitu darah orang melayu.

wahai dato'-dato' seri "A"!
kenapakah orang melayu sekarang ini terpaksa dipecahkan kepada tiga kumpulan?
kenapakah kita tidak disatukan dalam satu kumpulan yang sama?

Saturday, July 12, 2008

tpm

timbalan perdana menteri malaysia

berikut adalah nama-nama individu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri malaysia.
  1. tun abdul razak
  2. tun dr ismail
  3. tun hussein onn
  4. tun dr mahathir
  5. tun musa hitam
  6. tun ghafar baba
  7. dato' seri anwar ibrahim
  8. tun abdullah badawi
  9. dato' seri najib razak

siapakah yang tersenarai selepas ini?



tan sri muhyiddin yassin

Thursday, July 10, 2008

lingua franca

assalamualaikum...
pagi-pagi buta. pukul 3 pagi. tak tahu apa yg nak sampaikan kat sini.

lingua franca. satu perkataan yg diperkenalkan oleh cikgu sejarah masa tingkatan 1. membawa maksud bahasa pertuturan atau pergaulan antarabangsa.

satu masa dulu bahasa melayu adalah lingua franca dunia. tapi sekarang ia dah tenggelam.

sebenarnya apa yang nak disampaikan disini ialah blog ini akan menggunakan bahasa melayu sebagai lingua franca.

Wednesday, July 09, 2008

bismillah

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim.... blog ni akan dimulakan

walaupun blog ini telah di"create" pada jun 2006 tapi saya start post pada julai 2008. bukan mengambil masa sampai 2 tahun mencari idea untuk blogging. tapi dengan kerja yang banyak dan faktor-faktor lain yang tak dapat dielakkan.

fenomena blogging telah melanda setiap rakyat malaysia sekarang ini, so tak salah untuk kita mencuba.